SINOPSIS

Kisah Laila dan Majnun, Uda dan Dara atau Romeo dan Juliet, yang mana satukah yang dijadikan rujukan untuk kisah Qiqi dan Jimi? Tidak ada satu kisah pun yang sesuai untuk menggambarkan mereka berdua. Sikap mereka bagaikan anjing dan kucing. Pantang berjumpa, pasti akan mula perkelahian mereka. Berlarutan sehingga sahabat masing-masing sudah tidak dapat meleraikan pertengkaran mereka. Sudah lama Aqila Mastura menyimpan perasaan pada seorang lelaki yang bisa membuatkan hatinya bergetar di saat mereka bertembung pandang. Tetapi lelaki itu tidak bisa menyintai Qiqi seperti mana perasaan gadis itu terhadapnya. Bagi lelaki yang dikenali sebagai Asrul Imran itu, Qiqi hanyalah sahabat dan tidak lebih dari itu. Tidak mungkin dia punya perasaan yang lebih daripada seorang sahabat kerana hati Asrul Imran sudah lama terpaut pada keayuan dan kelembutan serta keanggunan, Lana Marlisa. Sedikit terasa dengan sikap Asrul yang seringkali berubah setiap kali dia berhadapan dengan Lala, Qiqi cuba menjauhkan diri. Dia dapat merasakan cinta Asrul hanya untuk Lala. Tetapi ada satu rahsia Lala yang cuba disembunyikan oleh Qiqi dari pengetahuan Asrul. Lelaki itu cuba memaksa Qiqi memberitahu perkara sebenar. Tetapi perkara yang sudah diamanatkan oleh sepupunya itu, tidak mungkin untuk Qiqi membocorkannya. Bagi Qiqi, biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.
Syed Mohd Hazimi atau lebih dikenali sebagai Jimi, adalah anak kepada pasangan pereka landskap terkenal, Syed Hatim dan Syarifah Faridah. Jimi merupakan anak sulung kepada pasangan itu dan mempunyai 3 orang adik; Syarifah Natasha, Syed Mohd Hazam dan Syarifah Lela Analia. Atas sebab persahabatan yang sudah lama terjalin di antara Syarifah Faridah dan Hajjah Normah, mereka bersetuju untuk mengahwinkan anak mereka, Jimi untuk dijadikan suami Lala. Setelah segala persiapan pertunangan berjalan dengan lancar, Lala lari dari rumah tanpa khabar. Tidak langsung memaklumkan kepada Qiqi kemana dia pergi. Yang Lala tahu, dia harus pergi jauh dari situ. Tidak mahu menjadi tunangan kepada orang yang tidak dicintainya. Dia masih mahu mengejar impiannya yang satu. Qiqi agak terkejut dengan tindakan drastik Lala itu.
Untuk tidak mahu memalukan keluarga Syed Hatim dan Syarifah Faridah, Qiqi bersetuju untuk mengambil alih tempat Lala setelah berkali-kali dipujuk rayu oleh Hajjah Normah. Menjadi pengganti kepada kakak kembarnya itu. Bertunang dengan Jimi bukanlah impian Qiqi. Dia hanya ingin menjadi isteri kepada Asrul. Tetapi apakan daya, lelaki itu bukanlah jodohnya. Pertunangan ini hanyalah jalan keluar untuk dia melupakan Asrul. Maka bermulalah kisah kehidupan Qiqi dan Jimi.
Jimi dikenali sebagai buaya darat atau lebih spesifiknya, kaki perempuan. Kesemua perempuan di kampus itu cuba digodanya dan seringkali berjaya kerana Jimi mempunyai kriteria idaman wanita. Kacak, bergaya, dan juga dari golongan orang yang berada. Mempunyai kereta mewah. Tetapi hanya satu wanita sahaja yang berada di dalam hatinya iaitu Lana Marlisa. Qiqi langsung tidak mahu mengambil tahu akan aktiviti tunangannya itu. Bagi Qiqi, selagi mereka belum berkahwin, mereka bebas untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Lama-kelamaan, ada satu perasaan yang timbul dalam hati.
Kepulangan Lala memusnahkan segalanya. Bukan tidak gembira dapat berjumpa dengan Lala tetapi ada sesuatu yang menyebabkan Qiqi berperasaan sebegitu.
Apakah perasaan yang dialami oleh Qiqi dan Jimi dapat dilaksanakan dengan sebuah ikatan perkahwinan? Adakah kepulangan Lala akan menyemarakkan semula cinta Jimi yang pernah ada pada gadis itu? Adakah Qiqi akan melepaskan Jimi dan membiarkan lelaki itu berlari ke dalam pelukan Lala? Semuanya akan terjawab dalam kisah HAKMILIK TETAP HATIKU.

Jangan lupa untuk berikan komen ya.

Advertisements

Hakmilik Tetap Hatiku!

Opppsss…pekabo semua. Okay…first of all, nak ucapkan bebanyak tima aseh sebab banyak menyokong novel terbaru saya Cinta Tanpa Noktah. Hehe…buku tu dah lama actually peram kat publisher. Dah hampir 2 tahun barulah dapat dipublish.

Yap! Hakmilik Tetap Hatiku (working title!) ini adalah manuskrip terbaru. Saya pun masih tengah adjust2 nak siapkannya. Almaklumlah, dah habis praktikal boleh lah start buat balik. Dah tak busy. Maka, tengahlah nak mencari idea supaya menyedap…melazatkan lagi jalan cerita.

In Sha Allah, bila saya rasa konpiden, saya akan post kan manuskrip terbaru ni. Kerna Dia Jodoh Aku, still berjalan lagi. Tapi stop kejap lah ye, tetiba idea dah vanish ditelan dek hurricane!

Next post, saya akan post manuskrip terbaru. Baca dan nikmatilah ye!

Salam semua. Adios! Kbye!

CTN

Salam semua pengunjung setia blog ni….

Sorry lama tak update. Bz bebenor katanya.

Followers mana yang ikut blog saya sebelum ni pasti ingat dengan satu manuskrip saya iaitu Seindah Alhambra yang telah di-change namanya kepada Cinta Tanpa Noktah. So, saya nak tulis yang CTN masih ada 40copies pada saya.

Sesiapa nak, siap sign, siap extra bookmark, boleh la comment or whatsapp saya di 019-2780402.

Daaaa……

ps: Ada lagi manuskrip otw selain Kerna Dia Jodoh Aku! Tapi….nak post ke tidak…nak post ke tidak…nak post ke tidakkk???? (acah2 mintak comment plissss)

Kerna Dia Jodoh Aku 6

BAB 6

HAIFA melangkah dengan gementarnya melepasi pintu pagar sekolah. Hari pertama, kertas pertama yang akan diduduki oleh Haifa ialah kertas Bahasa Melayu. Walaupun bahasa yang selalu dijadikan komunikasi perantaraan, tetapi jika tidak buat secara betul, pasti tidak mendapat markah yang tinggi. Setelah mengetahui kelas yang mana yang ditempatkan, Haifa menuju terus ke kelas tersebut dan menunggu di luar kelas sebelum arahan masuk diberikan oleh guru pengawas yang bertugas.
Haifa melabuhkan punggung di tempatnya setelah memastikan kod peperiksaan yang betul. Menarik dan melepaskan nafas berkali-kali. Haifa harus melakukan bersungguh-sungguh. Inilah penentu masa hadapannya nanti. Menarik nafas dan melepaskannya perlahan.
10 minit kemudian, kertas pertama pun bermula. Haifa membaca doa yang dipesan oleh ayahnya sebelum mula menjawab. Berhati-hati membaca soalan yang ditulis dan menjawab dengan khusyuk sekali.

LEGA!!! Haifa melepaskan nafas kelegaan apabila kertas terakhir, Ekonomi, sudah berjaya dijawabnya pagi tadi dengan bersungguh. Berharap bahawa keputusan SPM nanti, tidak mengecewakan. Sebaik sahaja Haifa pulang dari sekolah, sebuah kereta mewah menjalar dihadapan pintu pagar rumahnya. Haifa mengerutkan dahi. Siapa pula ini? Menjenguk ke arah taman rumah. Tiada sesiapa pun disitu. Dilihatnya pintu utama rumah terbuka luas. Terjengket-jengket dia melangkah masuk ke dalam rumah. Belum pun sempat melintasi ruang utama, Haifa disergah oleh kakak keduanya, Halida Alyah. Terperanjat Haifa melihat kakaknya itu.

Hampir 2 tahun tidak dapat berjumpa kerana kakak dan abang iparnya sibuk dengan pelajaran masing-masing. Mereka berpelukan erat. Lama!
“Ehem…” seseorang mendehem membuatkan Haifa dan kakaknya berpandangan.
“Eh Abang Amrin pun ada.” Jerit Haifa.Gembira dapat berjumpa dengan abang iparnya. Lelaki itu hanya mengangguk sambil tersenyum kecil.
Senang melihat sikap keanak-anakan Haifa. Menggeleng sahaja apabila Amrin melihat Haifa terlompat-lompat melihat anak saudaranya. Satu-satunya anak saudara hasil perkahwinan Halida dan Amrin selama 6 tahun.
“Eyyy….sayang Acu Adik pun ada jugak.” Bertubi-tubi ciuman dari Haifa singgah ke wajah Aiman.
“Eyuw…busuklah Acu ni.” Ejek Aiman. Membeliak mata Haifa.
“Aiman….apa cakap macam tu dengan Acu.” Tegur Amrin dengan suara garaunya. Aiman tersengih.
“Busuk ye?” gomol Haifa. Ditepis manja oleh Aiman. Mengekeh ketawa anak kecil itu apabila dibuli oleh Haifa.
“Sudah-sudahlah tu melayan Aiman tu, Haifa. Pergi naik mandi. Angah dah siapkan makan petang ni.” Ujar Halida sambil bergerak menuju ke dapur.
“Yeay! Okay!” Haifa membuat bentuk ‘O’ dengan jarinya sebelum berlari-lari anak mendaki anak tangga.
“Ayah…” laung Halida ke arah ruang tamu.
Seketika kemudian, muncul Tuan Badrul dari ruang tamu. Tersenyum memandang anak dan menantu yang sudah menunggu di meja makan. Menarik kerusi di kepala meja dan melabuhkan punggung. Halida meletakkan cucur bawang dan menuang kopi O untuk Tuan Badrul serta suaminya.
“Sedapnya. Dah lama tak merasa orang Swiss masak.” Perli Tuan Badrul melirik pandang ke arah anaknya.
“Eh Ayah ni. Kak Siti kan selalu masak cucur.” Ujar Halida.
“Taklah sesedap anak Ayah masak.” Puji Tuan Badrul. Amrin mengangguk bersetuju. Tahu sangat Tuan Badrul merindui anaknya itu.
“Ish Ayah ni. Nasiblah Kak Siti bukan tinggal sini. Hari-hari balik. Kalau dia dengar, mesti kecik hati dia dengar Ayah puji Lida ni.” Halida berkata sambil menyuap cucur bawang ke dalam mulutnya.
“Ayah…” panggil Halida perlahan. Tuan Badrul mengangkat wajah memandang ke arah Halida yang merenung wajahnya dari tadi.
“Pasal Haifa….” Ayat Halida tergantung. Mengharap Tuan Badrul mengerti apa yang ingin diperkatakan.
“Pasal Haifa, nanti Ayah uruskan.” Ujar Tuan Badrul.
Meleraikan gelisah Halida. Tidak mahu anaknya itu mengusutkan kepala. Sebenarnya tujuan Halida dan Amrin pulang ke Malaysia adalah tujuan yang berkaitan dengan Haifa. Sekarang ini, hanya menanti kepulangan Haida Qalesya sahaja.

KEDENGARAN kunci berlaga di pintu utama rumah. Tan Sri Hanif dan Puan Sri Munawarah yang berada di ruang tamu, menjenguk ke arah pintu utama. Puan Sri Munawarah memberikan isyarat mata kepada suaminya. Tan Sri Hanif mengangguk.
“Ummi…” Hazzeq mendekati Puan Sri Munawarah dan tunduk menyalami ibunya itu. Kemudian, beralih pula pada Tan Sri Hanif. Dilabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Puan Sri Munawarah.
“So, macam mana?” Puan Sri Munawarah bertanya tidak sabar. Belum sempat pun panas punggungnya diatas sofa, Hazzeq sudah diserang dengan pertanyaan.
“Kot iye pun sabarlah sikit, awak tu. Bagilah anak awak tu minum ke, makan dulu ke.” Tan Sri Hanif mencelah. Puan Sri Munawarah mencebik. Tidak suka percakapannya dipotong.
“Hmm yelah. Kamu nak minum apa, Juna?” tanya Puan Sri Munawarah.
Segala makan minum disediakan oleh Puan Sri Munawarah sendiri sejak dari awal dia mendirikan rumahtangga. Tidak pernah sekalipun dia mengambil pembantu rumah. Sudah terbiasa begitu. Lagipun, Puan Sri Munawarah bukanlah wanita bekerjaya yang perlu terkejar sana sini. Biarlah dia sahaja yang menguruskan perihal rumahnya. Dia lebih selesa. Makan minum suami dan anak-anak semuanya diuruskan sendiri.
“Tak apalah, Ummi. Juna dah minum dah tadi sebelum ke sini.” Hazzeq berkata. Tidak mahu menyusahkan Puan Sri Munawarah. Wanita anggun itu tersenyum.
“Apa keputusan Juna?” soal Puan Sri Munawarah lagi setelah anaknya itu mendiamkan diri. Soalan pertama tidak dijawab, diserbu pula dengan soalan kedua.
“Ummi…I’m very curious. Why me? Kenapa tak Andy?” untuk kesekian kalinya, itu jugalah soalan yang diulang oleh Hazzeq setelah tidak mendapat jawapan yang menyakinkan daripada Tan Sri Hanif.
Puan Sri Munawarah dan Tan Sri Hanif saling berpandangan. Hazzeq pula memandang kedua ibubapanya bersilih ganti untuk mendapatkan sebuah jawapan kepada persoalan yang dirasakan amat senang sekali. Kenapa perlu dia? Bukannya Andika?
“Auntie Rahimah yang nakkan Juna jadi suami Balqis.” Puan Sri Munawarah berkata apa yang disampaikan oleh Puan Rahimah.
“Ahemmm….sebab apa?” soalan yang ditanya Hazzeq memang nampak senang, tapi amat susah untuk kedua ibubapanya menjawab soalan tersebut kerana mereka juga tiada sebab yang pasti. Hanya arwah Puan Rahimah sahaja yang mengetahui kenapa dia membuat permintaan untuk menyatukan Hazzeq dan anaknya.
“Ummi tak pasti sebab apa. Ini semua atas permintaan arwah.” Hanya itu sahaja jawapan yang mampu diberikan. Hazzeq mengeluh. Nampaknya, Puan Sri Munawarah juga tidak memberi jawapan yang menyakinkan.
“Jadi, keputusan Juna macam mana?” Puan Sri Munawarah bertanya lagi. Walaupun, dia sudah tahu jawapannya daripada Tan Sri Hanif tetapi Puan Sri Munawara masih mahukan jawapan yang keluar dari mulut Hazzeq sendiri.
“Juna…ikut jelah apa yang terbaik untuk Ummi dan Walid.” Jawab Hazzeq akhirnya setelah lama berdiam diri. Apa lagi pilihan yang dia ada selain menyerahkan segalanya buat kedua ibubapanya. Terbaik untuk mereka, baik lah untuk dia.

HAIFA turun ke tingkat bawah setelah bersolat Isya’. Menyertai kakak dan abang ipar serta ayahnya di ruang tamu. Seronok mereka bertiga bergelak ketawa. Aiman sudah lama tidur di bilik atas. Dilabuhkan punggung bersebelahan dengan Halida. Mengambil sepotong oren yang dipotong oleh Halida untuk pencuci mulut dan disuakan ke mulutnya.
“Seronoklah Adik dah habis SPM.” Halida berkata sambil melirik ke arah adiknya yang sedang asyik mengunyah oren.
Haifa mengangguk laju. Lega sudah bebanan hatinya apabila peperiksaan penentu masa depannya sudah langsai dilaksanakan. Kemudian, Tuan Badrul mematikan peti televisyen dan kesemua mata tertumpu ke arah Haifa. Perilaku sebegitu membuatkan Haifa hairan. Dia memandang satu persatu wajah ahli keluarganya dengan kerutan di dahi.
“Kenapa semua pandang Adik macam tu?” kulit buah oren terlekat sahaja di mulutnya.
Halida mengalih pandang ke arah Tuan Badrul. Menanti kata-kata seterusnya daripada Tuan Badrul. Haifa turut memandang ke arah ayahnya. Tuan Badrul berdehem perlahan. Menyusun kata sebaik mungkin untuk pendengaran anaknya. Dia sangat berharap bahawa Haifa akan menerima segala kata-katanya nanti.
“Adik…Ayah harap apa yang Ayah nak cakap ni nanti, Adik fikir masak-masak.” Tuan Badrul memulakan mukadimah bicaranya.
“Ada apa ni, Ayah? Serius je bunyinya.” Haifa berkata. Dadanya sudah rasa berdebar seperti bom nuklear hendak meletup.
“Petang esok, ada rombongan meminang untuk Adik.” Ujar Tuan Badrul. Membeliak mata Haifa tanda tidak percaya.
“Meminang?!” Haifa mengulang kata. Mengalih ke kanan, Halida tersenyum dan mengangguk. Haifa tersandar di sofa.

Kerna Dia Jodoh Aku 5

BAB 5

            TINGGAL seminggu sahaja lagi untuk Haifa menduduki kertas pertama Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Bersungguh Haifa mengulangkaji pelajaran. Setiap hari selepas waktu sekolah, dia akan duduk memerap di dalam perpustakaan sekolah dan belajar. Nasib ada sekolah sesi petang, maka perpustakaan akan dibuka sehingga pukul 5.30 petang. Haifa bersekolah sesi pagi. Kadangkala Laara ada menemaninya, jika tidak, dia akan mengulangkaji sendirian. Hujung minggu pula, Haifa lebih senang menghabiskan masanya di perpustakaan awam.

Jam hampir 5.30 petang. Haifa mula mengemas buku-buku yang berselerak. Loceng sudah berbunyi menandakan pelajaran seterusnya akan bermula. Juga menandakan waktu untuk Haifa pulang. Sebentar lagi, abangnya, Hairul Fikri akan menjemput Haifa pulang. Dikepit buku-buku rujukan yang tebal ke dada. Mengalih sahaja badan ke belakang, buku-buku yang dikepit bertaburan atas lantai. Haifa terkejut. Ada buku tebal menindih jari kakinya.

“Adoi…” Haifa mengaduh kecil.

“Oh, maafkan saya. Saya tak perasan awak tadi.” Ujar seseorang yang sudah menunduk untuk menolong Haifa mengutip buku-buku rujukannya. Haifa turut mencangkung untuk mengutip buku-buku tersebut.

“Lain kali, jalan tu pakai mata. Bukan pakai hidung.” Sindir Haifa. Tetapi mulut lancangnya hanya sebentar sahaja, matanya terpaku pada orang dihadapan. Syafiq Azmi!

“Saya mintak maaf. Sorry, eh.” Syafiq yang sudah mengutip buku-buku tersebut dan dihulurkan kepada Haifa yang masih terkebil memandangnya.

Lelaki itu menghadiahkan sebuah senyuman. Tertegun Haifa disitu. Matanya mengikut sahaja gerak badan Syafiq yang sudah berdiri.

“SPM, ye? Good luck!” ucap Syafiq dan terus beredar dengan sebuah senyuman.

Haifa melepaskan keluhan. Matanya mengikut sahaja kelibat Syafiq hilang disebalik pintu perpustakaan. Dia turut tersenyum kecil. Haifa berdiri dari mencangkung. Tetapi belum pun sempat dia hendak mengimbangi diri, sekali lagi bukunya bertaburan. Memandang ke arah buku yang berterabur dengan pandangan kosong. Haifa mencerlung pandangannya ke hadapan. Jengkel!

“Kau jangan mengada ingat yang Syafiq tu suka kat kau.” Terjegil mata Alisya ke arah Haifa yang berdiri mencekak pinggang. Malas mahu bertekak suara, Haifa mencangkung mengutip semula buku-buku yang maha berat itu.

“Hey, kau dengar sini!” Alisya menunjal kepala Haifa. Gadis itu sudah menggigit bibir.

“Sekali lagi aku nampak kau dekat dengan Syafiq, siap kau!” amaran yang diberikan oleh Alisya itu sedikit pun tidak menggentarkan hati Haifa. Sebaliknya semakin menyampah, adalah.

Ditunjal sekali lagi kepala Haifa. Ketika itu, Haifa sudah menepis kasar jemari Alisya membuatkan gadis itu terkejut.

“Kau kepala aku ni apa? Suka hati kau je nak main kepala orang. Mak bapak aku pun tak pernah tunjal-tunjal kepala aku, suka hati kau je nak buat macam tu kan. Kalau kau rasa-rasa nak aku patahkan jari kau tu, kalau berani buatlah sekali lagi.” Cabar Haifa. Dijegil ke arah Alisya. Geramnya pada perempuan itu, tidak terkata. Rasa mahu diberi penumbuk sahaja.

“Kau ugut aku, ke?” Alisya berkata dalam getaran suara menyembunyikan rasa gentarnya. Takut dalam berani, katakan.

“Kau rasa?” Haifa bertanya semula. Mulutnya ditarik tepi. Tersenyum sinis.

“Aku tak takutlah.” Ujar Alisya sambil mendongak dagu. Mengacah perasaan sakit hati Haifa. Dia ini memang hendak menguji kesabaran Haifa, nampaknya.

‘Baik aku blah sebelum ICU perempuan ni.’ Fikir Haifa sendirian. Dengan mempunyai tali pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri, Taekwondo, mahu patah riuk Alisya sekejap lagi dikerjakan Haifa.

“Betul kau tak takut?” uji Haifa. Terkebil mata Alisya.

Bukan Alisya tidak tahu yang Haifa mempunyai tali pinggang hitam. Wakil sekolah untuk peringat negeri dan daerah dalam pertandingan Taekwondo. Muncul juara untuk bahagian wanita sebanyak 5 kali. Wajah Haifa seringkali menghiasi majalah sekolah yang diedarkan setiap bulan untuk para pelajar. Papan buletin juga selalu terpampang wajah Haifa. Headline yang menghiasi papan buletin kerapkali memuji kepandaian Haifa dalam bidang sukan dan juga akademik. Pernah ditawarkan untuk menjadi Penolong Ketua Pengawas selepas bekas Penolong Ketua Pengawas yang terdahulu tamat belajar Tingkatan 5, tetapi ditolak secara baik oleh Haifa kerana dia tidak mahu digelar gila kuasa. Sudah banyak jawatan yang disandangnya.

“Dahlah. Malas aku nak layan perempuan macam kau. Buang masa aku je.” Haifa berselisih dengan Alisya dan sengaja melanggar kuat bahu perempuan tersebut sehingga Alisya terdorong ke belakang.

“Kurang ajar!” jerit Alisya sudah seperti orang gila. Haifa tersenyum sinis. Silap besarlah Alisya mencari masalah dengan Haifa.

 

 

HAZZEQ mendekati meja setiausaha Tan Sri Hanif sambil tersenyum manis. Setiausaha Tan Sri Hanif, Raina membalas senyuman Hazzeq itu dengan penuh menggoda. Sudah lama dia cuba menggoda anak lelaki sulung Tan Sri Hanif ini, tetapi sehingga kini langsung tidak berjaya. Sehingga sekarang, Raina tidak berputus asa. Masih dicubanya lagi. Disebabkan itulah, dia masih bertahan bekerja dengan Tan Sri Hanif. Bukan tidak ada tawaran lain yang datang bertimpa-timpa, tetapi dia tetap mahu bekerja dengan Tan Sri Hanif yang amat dikenali dengan sifat tegasnya itu.

“Hi, Datuk.” Ceria suara Raina menyambut kedatangan Hazzeq. Menolak perlahan kerusinya untuk berdiri.

“Assalamualaikum, Raina.” Balas Hazzeq membuatkan Raina menggigit bibir. Menahan malu. Dia tersengih sahaja.

“Tan Sri ada?” soal Hazzeq sambil terjenguk-jenguk ke dalam bilik Tan Sri Hanif.

“Ada. Datuk tunggu sekejap ya? Saya maklumkan Tan Sri dulu.” Raina berkata.

Hazzeq mengangguk perlahan. Raina berjalan menuju ke arah bilik Tan Sri Hanif. Kemudian, dia berjalan ke arah Hazzeq semula.

“Datuk boleh masuk sekarang.” Raina memaklumkan kepada Hazzeq kebenaran yang diberikan oleh Tan Sri Hanif.

“Okay. Thank you.” Hazzeq menuju ke arah bilik yang tertera Chief Executive Officer (CEO). Mengetuk perlahan dan arahan masuk diberikan.

You want to see me, Walid?” jengul wajah Hazzeq disebalik daun pintu kayu. Tan Sri Hanif mendongak memandang Hazzeq.

Yes, come in.” Tan Sri Hanif menjemput Hazzeq masuk. Lelaki itu berjalan masuk ke dalam bilik ayahnya dan melabuhkan punggung menghadap Tan Sri Hanif.

So, what is the urgency you need to see me?” Hazzeq menyoal tidak sabar apabila Tan Sri Hanif tidak berkata apa-apa. Lebih sibuk menaip sesuatu di papan kekunci.

Ketukan yang pada mulanya laju, kini semakin perlahan. Akhirnya, terhenti. Tan Sri Hanif membuka kacamata yang dipakainya dan diletakkan di atas meja. Menyandarkan badan ke kerusi empuk. Menggaru kening yang tiba-tiba sahaja terasa gatal. Mencari ayat yang sesuai untuk dipersembahkan buat anak sulungnya itu.

I have something to tell you.” Ujar Tan Sri Hanif. Mukadimah pembuka bicaranya sahaja sudah membuatkan Hazzeq tidak senang duduk.

Tell me what?” sekali lagi Hazzeq menyoal. Mesti ada perkara penting yang disembunyikan Tan Sri Hanif kalau gayanya begitu berat sekali hendak bercerita.

“Juna ingat tak Uncle Badrul dan Auntie Rahimah?” Tan Sri Hanif bertanya.

Manalah tahu kalau-kalau Hazzeq masih mengingati mereka berdua walaupun hampir 7 tahun Hazzeq tidak bersua muka dengan Tuan Badrul dan Puan Rahimah. Berkerut dahi Hazzeq cuba mengingati nama-nama tersebut.

“Yang kawan Walid dekat universiti dulu kan?” soal Hazzeq teragak-agak. Takut salah meneka. Tan Sri Hanif tersenyum dan mengangguk. Hazzeq masih ingat! Detak Tan Sri Hanif.

“Kenapa, Walid?” Hazzeq menyoal lagi tanpa bersangka apa-apa.

“Juna ingat lagi macam mana Walid kenal dengan Ummi?” Tan Sri Hanif menguji lagi. Kali ini, Hazzeq memandang bingung.

“Walid kenal dengan Ummi….” Ayat Tan Sri Hanif tergantung apabila Hazzeq menyambung kata-katanya.

“Ya…ya…ya….Uncle Badrul and Auntie Rahimah yang kenalkan Walid dan Ummi.” Hazzeq sudah hafal setiap perincian perhubungan yang terjadi di antara Tan Sri Hanif dan Puan Sri Munawarah.

But, unfortunately 5 years ago, Auntie Rahimah died because of Cervical Cancer.” Kata-kata Tan Sri Hanif menusuk ke telinga Hazzeq. Dia turut bersimpati kepada Tuan Badrul yang kehilangan isteri kesayangan. Tetapi apakah kena-mengena dengannya semua ini?

And, you’re telling me because of….” Sengaja Hazzeq menggantungkan ayatnya. Berharap Tan Sri Hanif akan menyambung.

Before she died, Auntie Rahimah ada buat permintaan untuk wasiat.” Satu persatu ayat yang keluar dari mulut Tan Sri Hanif mula membuatkan hati Hazzeq tidak senang.

What kind of will?” soal Hazzeq tidak sabar. Kalaulah aku boleh baca fikiran Walid, desis Hazzeq sendirian.

“Auntie Rahimah nak Juna kahwin dengan anak dia.” Kata-kata yang baru meluncur dari mulut Tan Sri Hanif tidak dapat diproses dengan baik oleh otak Hazzeq.

What?!” soal Hazzeq tidak percaya.

We’ve had made promises, long time ago. Before you were even born. Kami berjanji yang kami akan kahwinkan anak kami sebagai mengikat tali persahabatan yang dah lama. Kami nak kukuhkan, jadi besan.” Terang Tan Sri Hanif dengan lebih terperinci. Hazzeq meraup wajahnya. Digaru kepala yang tidak gatal.

“Wait a minute, I don’t understand.” Hazzeq mencelah kata-kata Tan Sri Hanif.

“Ummi dan Walid janji akan kahwinkan salah seorang anak kami dengan anak Uncle Badrul and Auntie Rahimah. So, before Auntie Rahimah died, she asked us to fulfill what we had promise.” Tan Sri Hanif memperjelaskan kenyataan yang masih kabur buat Hazzeq.

Ok…okay….But, why me? Kenapa tak Andy?” bertubi Hazzeq menyoal tanda tidak puas hati. Kenapa mesti dia? Bukan Zahri Andika, adik lelakinya?

“Juna, kami berjanji yang kalau Juna tak kahwin dalam masa 5 tahun ni, Juna akan dijodohkan dengan Balqis.” Sedaya upaya Tan Sri Hanif memberi penerangan untuk pemahaman Hazzeq.

Ya…but why me? Bukan Andy?” dia masih mahu mencari jawapan yang pasti. Tan Sri Hanif menggeleng. Hazzeq mengeluh. Dia mengerti akan gelengan itu.

“Ummi dah tahu pasal hal ni?” akhirnya Hazzeq menukar topik bertanya mengenai ibunya, Puan Sri Munawarah.

“Ummi yang suruh Walid beritahu Juna.” Tan Sri Hanif berkata lagi. Dilurut dagunya.

“Suruh beritahu? Hmmm….so this is an order, not a request.” Hazzeq berkata perlahan.

Hazzeq menyandarkan badan ke kerusi semula. Diurut kepala yang tiba-tiba terasa pening.

‘Apalah yang dipeningkan sangat Hazzeq oi?! Kau bukannya ada girlfriend pun.’ Hatinya mengomen. Hazzeq melepaskan keluhan. Benar kata hati.

Kerna Dia Jodoh Aku 4

BAB 4

 

 

            RUMAH banglo 2 tingkat yang mempunyai halaman rumah sederhana besar itu tampak begitu tenang sekali dengan pokok bunga yang menghiasi laman. Tuan Badrul melabuhkan punggungnya di atas pangkin bawah pokok mangga. Kekuningan isi-isi buah mangga yang bergantungan. Belum berkesempatan untuk Tuan Badrul mengutipnya. Mata Tuan Badrul tertuju ke arah pintu utama. Kelihatan seorang wanita membawa dulang berisi cawan dan juga seteko kopi. Diperhatikan sahaja lenggang-lenggok wanita tersebut. Berblaus bunga-bunga kecil warna kuning, tanah hitam dan berskirt labuh rona sama dengan bunga. Tuan Badrul tersenyum manis.

“Kopinya, Tuan.” Sela pembantu rumah Tuan Badrul, Siti.

Ah! Kenangan bersama arwah isterinya menjengah minda. Selalunya Puan Rahimah yang akan membawa minuman petangnya. Kini, Siti yang menjamu selera petang Tuan Badrul.

“Fikir apa tu, Tuan?” soal Siti apabila Tuan Badrul yang sedar tadi tersenyum, kemudian menggeleng-geleng kepalanya.

“Tak ada apalah, Siti.” Tuan Badrul berkata sambil mencapai cawan kopi kegemaran Puan Rahimah.

“Tuan teringatkan Puan?” teka Siti. Tahu sangat Tuan Badrul pasti akan teringat isterinya setiap kali dia mahu menjamu selera. Puan Rahimah pandai masak itulah, pandai masak inilah. Hanya nama Puan Rahimah sahaja yang selalu disebut-sebut.

“Siapa yang tak teringatkan dia. Walaupun dah 5 tahun dia tak ada, hati saya ni masih lagi ada nama dia.” Tuan Badrul menepuk perlahan dadanya. Siti tersenyum dan mengangguk.

“Ayah!” laung seseorang dari pintu pagar.

Tuan Badrul dan Siti sama-sama mengalih pandang ke arah pintu pagar. Haifa berjalan masuk dan menuju ke arah taman. Tuan Badrul tersenyum lagi memandang anak gadisnya. Haifa Balqis saling tidak tumpah seperti arwah ibunya. Dari gaya senyum, kata-kata dan juga wajah. Haifa melabuhkan punggung menghadap Tuan Badrul.

“Haifa nak kopi? Kak Siti ambilkan cawan.” Ujar Siti dan berkira-kira hendak masuk ke dalam untuk mengambil cawan buat Haifa.

“Tak payahlah, Kak Siti. Tadi Haifa dah nak minum. Tapi ada manusia tu, buat rosak mood Haifa je nak minum kopi.” Tukas Haifa memuncung. Tuan Badrul menggeleng. Ada lagilah perkara yang buatkan Haifa tidak puas hati.

“Kenapa dengan anak ayah ni?” Tuan Badrul menyoal setelah Siti meminta diri untuk masuk ke dalam rumah.

“Muncung sedepa tu dah boleh buat sangkut baju.” Usik Tuan Badrul. Bertambah lagi sedepa muncung Haifa.

“Ayah ni…orang dah lah tengah marah. Ayah boleh buat lawak pulak.” Rajuk Haifa. Anak dara yang seorang ini pantang diusik. Pasti rajuknya berpanjangan.

“Adik beli apa tadi?” Tuan Badrul menukar topik apabila tidak nampak satu beg kertas pun yang dibawa pulang oleh Haifa.

Nama manja Haifa dirumah, panggilan Adik. Haifa anak bongsu daripada 4 orang adik beradik. Kakak Haifa yang sulung, Haida Qalesya, bekerja di Rusia sebagai penterjemah bahasa. Kakak kedua Haifa, Halida Alyah, sudah berkahwin dan mengikuti suaminya ke Switzerland untuk menyambung pelajaran di peringkat phD. Manakala abang ketiga Haifa, Hairul Fikri, sudah bekerja tetapi outstation ke luar negara untuk beberapa bulan. Tinggallah Haifa dan Tuan Badrul berdua.

“Tak ada beli apa-apa pun. Tak ada yang menarik.” Sela Haifa sambil menyandarkan badannya. Tuan Badrul mengerutkan dahi.

“Tak ada apa-apa yang menarik? Aik! Pavilion yang sikit punya besar tu pun tak yang menarik perhatian Adik?” soal Tuan Badrul dengan nada kepelikan.

“Adik saja je keluar jalan nak release tension sebelum exam.” Kata Haifa. Mencapai sebiji cucur udang dan disuapkan ke mulut.

“Hah, cerita pasal exam. Bila adik last paper?” Tuan Badrul bertanya dan meletakkan semula cawan kopinya ke atas meja.

“Ayah ni…start pun belum, dah tanya bila last pulak.” Dicapai sebiji lagi cucur udang dan menyuap lagi ke mulut. Kembung bibirnya mengunyah cucur udang yang agak besar itu.

“Yelah, Ayah ada plan untuk Adik.” Kata-kata Tuan Badrul menarik minat Haifa untuk mendengarnya.

Plan apa, Ayah? Ayah nak bawak Adik pergi holiday ke?” dengan penuh keterujaan Haifa bertanya. Bersinar-sinar matanya memandang ke arah Tuan Badrul.

“Adalah. Kalau Ayah beritahu sekarang, tak surprise lah nanti.” Tuan Badrul masih mahu berahsia. Haifa mencebik.

“Hey, tak eloklah anak dara asyik mencebik je. Nanti tak ada orang lelaki yang nak, baru tahu.” Ujar Tuan Badrul hendak menakutkan Haifa.

“Alah, kalau tak ada orang yang nak, Adik duduk jelah dengan Ayah sampai bila-bila.” Haifa bangun dari duduknya dan melabuhkan punggung disebelah Tuan Badrul. Lelaki tua itu mengusap perlahan kepala anak kesayangannya itu.

“Mana boleh macam tu. Nanti kalau orang gelar anak dara tua, macam mana?” Tuan Badrul berkata lagi.

“Adik tak kisah pun. Orang perempuan zaman sekarang kalau belajar pandai-pandai, kerja besar, ada rumah, ada kereta, tak kisah kalau tak bersuami pun.” Dengan konfiden Haifa berkata. Tuan Badrul tergelak kecil.

“Betul tu, Adik. Tapi kalau nanti Ayah dah tak ada, siapa nak jaga Adik?” Tuan Badrul sengaja menguji Haifa. Terus anak gadisnya memandang dengan kerutan di dahi.

“Ayah! Adik tak sukalah Ayah cakap macam ni.” Bentak Haifa. Tuan Badrul menepuk perlahan bahu Haifa.

“Adik, setiap yang hidup pasti mati. Ayah pun macam tu jugak. Berapa lama Ayah boleh bertahan atas dunia ni, hanya Allah saja yang tahu. Jadi, Ayah nak hidup Haifa terjaga.” Tuan Badrul berkata.

Itu memang Haifa tahu. Tapi 5 tahun lalu, dia sudah merasai kehilangan, Haifa tidak mahu rasa kehilangan orang yang dia sayang dalam masa terdekat.

 

 

GAMBAR Puan Rahimah yang terletak elok di atas meja solek, dibelek Tuan Badrul. Diambil bingkai gambar tersebut dan dibawa ke katil. Meneliti setiap inci gambar tersebut. Rindunya pada wanita itu menggunung. Sedikit pun tidak pernah surut. Lama Tuan Badrul menatap gambar Puan Rahimah.

“Betul ke apa yang Abang nak buat ni, Imah?” soal Tuan Badrul pada gambar yang tidak bernyawa itu.

“Abang tak sanggup. Abang tak mampu.” Sambung Tuan Badrul lagi. Diiringi dengan setitik airmata yang gugur dari tubir mata.

“Imah rasa Adik akan terima apa jua keputusan Abang?” sekali lagi Tuan Badrul menyoal walaupun dia tahu gambar itu tidak akan menjawab setiap persoalannya.

“Abang perlukan Imah. Abang perlukan kekuatan Imah.” Tuan Badrul melirih sedih. Dipeluk gambar Puan Rahimah seeratnya. Mengharap gambar Puan Rahimah dapat menyalurkan kekuatan buat dirinya.

 

 

HAIFA melemparkan tas tangan tali panjang miliknya ke atas katil. Rambut yang diikat tocang satu, dilepaskan. Terasa lega apabila rambut yang terikat kuat dapat merasa udara. Membuka jam tangan Swatch pemberian Tuan Badrul semasa umurnya 15 tahun. Hampir 2 tahun jam tangan tersebut setia bersamanya. Berdiri dihadapan meja solek dan membelek wajahnya. Tiada langsung sebiji pun jerawat yang tumbuh diwajah. Wajah Haifa yang mulus itu membuatkan para pelajar perempuan disekolahnya bertambah cemburu dengan kecantikan yang dimiliki oleh Haifa.

“BUDAK KECIK!!!” terngiang-ngiang suara lelaki tua yang hampir melanggarnya dengan kereta semasa Haifa melintas jalan dihadapan Pavilion. Haifa mendengus.

“Budak kecik? Suka hati je nak panggil aku budak kecik.” Rungut Haifa. Tidak puas hati betul dia dengan orang tua itu. Tahulah orang kaya, tapi tidak perlulah hendak berlagak sombong.

“Tadi, curah saya dengan coffee sebab awak tu sibuk sangat dengan phone. Sekarang ni, nak kena langgar dengan kereta saya sebab awak masih sibuk dengan phone. Kalau ada boyfriend sekalipun, safety comes first. Saya dah pesan kan tadi, jalan tu buka mata. Jangan asyik main phone je. Nasib baik saya yang hampir langgar awak. Kalau kata lori yang lalu tadi, tak ke dah jadi macam lempeng pisang. Penyek!” panjang lebar orang tua yang pandu kereta Maserati Grancabrio itu berleter.

Terkumat-kamit mulut Haifa menyumpah dalam diam. Tak boleh ke nak bagi nasihat tu elok-elok sikit? Dengus Haifa.

“Yelah, Pakcik. Terima kasih atas nasihat Pakcik tu. Tapi saya harap saya tak jumpa lagi dah dengan Pakcik.” Sindir Haifa walaupun dia mengucapkan terima kasih.

“Tak jumpa dengan saya pun tak apa, budak kecik. Asalkan jalan tu tengok depan. Jangan main redah je.” Kata-kata pedas orang itu benar-benar menyusuk telinga Haifa.

Haifa menepuk kepalanya berkali-kali. Buat apa entah dia teringatkan perkara yang berlaku kepada dia dan juga orang tua tersebut. Segala sumpah seranah terhadap lelaki yang disangka tua itu, terhambur keluar.

“Hiii….buat tambah dosa aku je kutuk orang tua tu. Baik pergi mandi, lagi ada faedah.” Haifa menggapai tuala yang tersangkut di tempatnya dan melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Ingin dilupakan segala yang berlaku siang tadi.  

Kerna Dia Jodoh Aku 3

BAB 3

DI HUJUNG minggu memang begitu sesak dengan para pengunjung yang sibuk membeli-belah. Tambahan pula sudah hujung bulan. Mak, bertambah sesaklah dengan pengunjung di butik-butik mewah dalam Pavilion. Tidak ketinggalan, Haifa, Laara dan Queen yang menyumbang juga kepada ekonomi pembangunan Pavilion. Sebolehnya, setiap satu kedai dalam Pavilion ingin diterokai oleh Queen. Haifa dan Laara hanya menjadi pengikut setia sahaja. Tetapi Laara tetap menjinjing satu dua beg kertas pakaian yang baru dibelinya sebentar tadi. Hanya Haifa sahaja yang masih belum ada apa-apa yang berkenan di hati. Laara mengangkat sehelai dress singkat paras lutut berwarna hitam. Mencuba ke badan sendiri. Elok juga! Hati Laara berkira-kira.
“Kau tak nak beli apa-apa ke, Haifa?” soal Laara apabila dilihatnya Haifa hanya berdiri di sudut kedai sambil memerhati ke sekeliling. Haifa menggeleng sambil mencebik.
“Tak ada yang berkenan.” Jawab Haifa. Dia cuba juga untuk mengangkat sehelai dua pakaian yang ada di butik MNG.
“Cantik tak baju ni dengan aku?” Laara mengacah dihadapan Haifa. Mengelek ke kiri dan ke kanan gaya model.
“Kau kalau pakai apa pun cantik.” Haifa menjawab endah tidak endah. Laara mendengus. Kalau dah begitu cara Haifa menjawab, pasti dia tidak berminat untuk membeli.
“Laara, aku nak keluar pergi beli coffee kejap.” Unjuk Haifa ke arah Coffee Bean.
Laara hanya mengangguk bahawa dia akan menyertai Haifa sebentar lagi setelah selesai membuat pembayaran dengan pakaian yang dipilih.
“Okay.” Laara menjawab ringkas.
Setelah itu, kelibat Haifa menghilang. Laara kembali tenggelam di dalam pemilihan pakaian-pakaian baru sahaja sampai ke butik tersebut.

HAZZEQ mendengus kuat dan melangkah perlahan ke arah Anita yang sudah mengangkat tangan menggawang ke arahnya. Dengan berpakaian dress singkat, berona merah menyala tanpa lengan. Sesiapa yang terpandangkan gadis genit itu, pasti akan terpaut hati. Tetapi bagi Hazzeq, tujuannya hanya untuk bertemu dan membincangkan perkara mengenai mereka. Dia ingin tutup semua jalan hubungan dengan Anita.
Hazzeq melabuhkan punggung dikerusi menghadap Anita. Sengaja gadis itu memilih tempat yang agak tersorok dari pandangan. Senang sikit dia ingin menjalankan rancangannya. Untung dalam restoran mewah, Dome itu tidak terlalu ramai pengunjung. Anita menyilang panggung kakinya yang putih melepak. Memandang Hazzeq dengan pandangan yang sangat menggoda. Anita cuba melakukan segala perkara-perkara yang pernah dilakukan satu masa dahulu ketika hendak memikat Hazzeq. Tetapi kini, lelaki itu tersenyum sinis dihadapannya. Tidak terkutikkah perasaannya?
“What are you doing?!” soal Hazzeq dengan jengkel. Anita membongkokkan sedikit badannya ke hadapan untuk menunjukkan lurah yang ada kepada Hazzeq. Berharap perasaan lelaki itu terusik kali ini.
“Cut to the chase. What do you want from me?” terus terang Hazzeq bertanya. Malas mahu bersimpang-siur.
“I…want…you!” separuh berbisik Anita berkata. Mengenyitkan matanya ke arah Hazzeq. Meluat sungguh Hazzeq dengan perbuatan Anita itu.
“Stop it, Anita! I’m serious.” Ujar Hazzeq. Dia sebolehnya tidak mahu memanjangkan perbualan. Anita menyandarkan badannya ke kerusi.
“I’m serious too.” Anita menjawab bersungguh.
“I know you very well, Anita. Enough! I don’t want to get myself involve with you anymore.” Hazzeq sudah berdiri dan berkira-kira mahu meninggalkan Anita sendirian disitu.
“Sayang, please!” Anita juga turut berdiri. Menarik lengan Hazzeq untuk duduk semula.
“Anita, dari hari you tinggalkan I masa akad nikah tu, dari hari tu lah, cinta I untuk you dah tak ada. Jangan harap apa-apa daripada I. Sebab I dah tak nak ada apa-apa dengan you.” Hazzeq merentap lengannya kasar.
Anita melabuhkan semula punggungnya ke atas kerusi. Memandang kelibat Hazzeq hilang dari pandangan. Mulutnya menarik senyum tepi. Sinis sekali.
“I know you still love me. And I will make sure that the position as your wife, Datuk Hazzeq Arjuna, to be fill by me, Anita Irham.” Tekad Anita untuk memastikan Hazzeq menjadi miliknya mutlak.
HAIFA menonong meninggalkan Coffee Bean setelah membeli secawan kopi panas yang digemarinya tanpa melihat kiri dan kanan. Kakinya hanya pantas melangkah. Ditangan kanan memegang cawan polisterin berisi kopi panas manakala ditangan kiri sibuk menari di atas papan kekunci telefon bimbit. Tidak perasan akan ada seseorang sedang menuju ke arahnya.
Bushhh!!! Kopi panas milik Haifa tersimbah ke atas badan lelaki dihadapannya itu. Terkejut dengan perkara yang berlaku secara tiba-tiba, Haifa terkedu memandang lelaki tinggi lampai tersebut. Mulutnya terkumat-kamit hendak meminta maaf tetapi badannya bagai terkaku.
“WHAT HAVE YOU DONE?!” membeliak mata Hazzeq memandang Haifa yang tidak memberi sebarang respon. Terkebil-kebil Haifa memandang lelaki itu tanpa berkata sepatah perkataan pun.
Haifa berlari masuk semua ke dalam Coffee Bean tersebut dan membawa beberapa helai tisu. Mengelap seluruh badan Hazzeq dengan tangan yang terketar-ketar.
“Haifa!” seseorang memanggil namanya dengan suara yang sedikit meninggi. Haifa mengalih pandang ke arah Laara dan Queen.
“Kenapa ni?” soal Laara dan segera menuju ke arah Haifa.
“Aku….aku….” tergagap Haifa ingin menjawab soalan Laara.
“Tell your friend to walk with her feet and eyes. Jangan jalan sambil tutup mata.” Ujar Hazzeq sedikit kasar.
“Maafkan saya, Pakcik. Saya mintak maaf sangat-sangat. Saya tak perasan Pakcik kat depan saya tadi.” Bersungguh Haifa meminta maaf. Takut-takut memandang ke arah lelaki itu.
‘Pakcik?!’ hati Hazzeq menjerit. Tiba-tiba sahaja dia memegang muka. Tua sangatkah dia sampai gadis dihadapannya itu memanggil dia pakcik.
“Kawan saya memang macam ni, Pakcik. Dia tak sengaja.” Laara menjelaskan pada Hazzeq. Lelaki itu mengetap bibir.
‘Yang ni sorang lagi panggil aku pakcik.’ Hati Hazzeq kegeraman.
Tangan Haifa masih lagi merayap untuk mengelap sisa kesan kopi di atas baju Hazzeq. Dia menepis kasar. Tidak suka orang memegang badannya.
“Enough! Lain kali jalan tu tengok depan. Jangan sibuk main phone je.” Sindir Hazzeq. Melibas sekali baju kemejanya sekali dan memandang tajam ke arah Haifa yang tertunduk. Dia tahu itu salahnya. Tetapi cara Hazzeq menegur, seperti tidak kena sahaja.
“Heee…Pakcik ni. Orang dah mintak maaf pun berlagak lagi.” Luah Haifa tidak puas hati. Laara menepuk perlahan lengan Haifa.
“Dahlah tu. Buat apa bergaduh dengan orang tua. Anggap jelah dia dah tua.” Pujuk Laara. Kalau lagi lama melayan si Haifa ini, mahu dia ajak bergaduh pula dengan Hazzeq.
“Jom baliklah. Hilang dah mood aku nak jalan-jalan dah.” Usul Haifa kepada rakan-rakannya. Cadangan Haifa itu menerima anggukan sebagai tanda setuju daripada Laara.
“Hurmm…kalau kau orang nak balik, kau orang balik dululah. Aku ada nak pergi somewhere jap.” Queen berkata. Kata-katanya itu menerima kerutan di dahi daripada Laara.
“Jumpa siapa pulak kali ni?” Laara menyoal selamba. Queen menggigit bibir. Macam mana Laara boleh dapat menghidu pelannya kali ini?
“He he he…adalah.” Queen menarik senyum tepi. Haifa sudah tersenyum sinis. Menggeleng perlahan kepalanya. Tahu sangat sikap Queen yang kerapkali menukar kekasih.
“Dahlah. Jom, Laara.” Haifa menarik lengan Laara untuk membuntutinya.
“Jumpa Isnin.” Laung Queen dari jauh. Mereka berdua tidak memberi respon sebaliknya hilang disebalik para pengunjung yang semakin memenuhi ruangan legar kompleks membeli-belah.

PINTU kereta Maserati Grancabrio milik Hazzeq dihempas kuat. Geram apabila baju kemeja jenama Valentino yang baru dibeli dari Paris beberapa bulan yang lepas menjadi berona coklat kekuningan. Dijongketkan sedikit badannya dan mencapai sehelai t-shirt yang ada di kerusi belakang. Nasib baik ada pakaian lebih. Dia memang suka membawa extra baju dan diletakkan di dalam kereta untuk kes-kes kecemasan seperti ini.
“Ishhhh….budak kecik ni memang menyusahkan.” Ujar Hazzeq sebelum menghidupkan enjin kereta.
Menyarung kacamata hitam Aviator berjenama Rayban. Mula menggerakkan keretanya perlahan-lahan keluar dari kawasan parkir. Menyusuri tempat letak kereta di dalam Pavilion itu dan menderum keluar dari kawasan tersebut.
Kereta Hazzeq berhenti di lampu isyarat merah. Mengetuk stereng berkali-kali mengikut rentak lagu yang berkumandang di corong radio. Kepalanya terangguk-angguk ke kiri dan ke kanan. Melihat lampu isyarat sudah bertukar hijau, Hazzeq menderum kereta ke hadapan. Tetapi secara tiba-tiba, dia terpaksa brek mengejut.
“Astaghfirullahilazim.” Ucap Hazzeq terkejut dengan satu lembaga yang bersahaja melintas.
Kelam-kabut Hazzeq menanggalkan tali pinggang keledar dan turun dari keretanya. Hon yang bertalu di belakang langsung tidak dipeduli. Menuju ke arah manusia yang terduduk dihadapan keretanya.
“Cik…Cik…Cik tak apa-apa ke?” soal Hazzeq menggelabah. Takut juga jika tercedera walaupun Hazzeq amat pasti yang dia tidak melanggar apa-apa benda sekalipun ketika itu.
“Haifa!!! Kau okay tak?” jerit seseorang. Hazzeq mengangkat wajah memandang sahabat kepada gadis tersebut.
Dahi Hazzeq berkerut. Mengalih pandang ke arah gadis dihadapannya yang tertunduk-tunduk cuba untuk bangun.
“Adoiii….” Gadis itu mengaduh. Memandang ke arah wajah Hazzeq.
“Pakcik???” suara Haifa bergema di gegendang telinga Hazzeq.
“Budak kecik???” Hazzeq membalas kata.
Pandangan mereka bersatu. Dada Hazzeq berombak menahan amarah. Haifa terkaku.

Kerna Dia Jodoh Aku 2

BAB 2

TELEFON bimbit sudah berbunyi nyaring hampir berpuluh kali. Pintu bilik pejabat diketuk. Walaupun hari Sabtu, Aksara Holdings tetap sibuk seperti hari bekerja biasa. Papan kekunci komputer riba berketik tidak berhenti sedari tadi. Sibuk betul CEO muda yang baru sahaja mendapat darjah kebesaran beberapa bulan yang lepas. Arahan masuk diberikan. Terjengul wajah setiausaha merangkap pembantu peribadinya.
“Datuk…” panggil Ellin, lembut. Datuk Hazzeq Arjuna atau lebih senang dipanggil Hazzeq, mengangkat wajah.
“Yes?” soal Hazzeq dengan sebuah senyuman manis.
“Sekarang dah pukul 1. Saya nak mintak diri dulu. Ada apa-apa lagi yang Datuk perlukan?” Ellin bertanya walaupun Hazzeq sudah memaklumkan kepadanya jika ingin pulang, terus sahaja pulang. Tidak perlu meminta izin pun.
“Tak ada. You may go.” Hazzeq memberikan keizinan. Ellin tersenyum dan mengangguk. Menutup semula pintu kayu sederhana besar itu.
Belum pun selangkah Ellin meninggalkan bilik Hazzeq, dikalih pandang semula ke arah bilik yang sudah tertutup rapat itu. Melepaskan keluhan perlahan.
“Gigih bos aku ni. Hari minggu pun kerja macam hari biasa. Siapalah girlfriend dia agaknya? Kesian perempuan tu.” Omel Ellin sendirian sebelum bergerak melangkah jauh dari bilik Hazzeq. Sesekali Hazzeq melurut dagu. Memikir apa lagi yang hendak ditambah dalam kertas cadangan yang akan diusulkan kepada ayahnya.
Dalam usia 32 tahun, Hazzeq berjaya membina syarikat yang diimpikan sejak muda lagi. Banyak rintangan dan dugaan yang harus ditempuhi. Bukan senang hendak menempa nama dalam bidang pengiklanan. Pada mula Hazzeq belajar lagi dia sudah mendapat tentangan dari ayahnya. Tindakan Hazzeq untuk menyambung pelajaran dalam bidang pengiklanan tidak disetujui oleh Tan Sri Hanif. Lama-kelamaan, Tan Sri Hanif terpaksa bersetuju setelah berkali-kali dipujuk oleh Puan Sri Munawarah untuk menerima keputusan anak lelaki sulung mereka itu.
Deringan telefon berbunyi lagi untuk kesekian kali. Hazzeq mengangkat telefonnya dan dilihat ke arah skrin. Nama yang tertera di skrin tidak langsung menarik minat Hazzeq untuk menjawab panggilan tersebut.
“Apalah yang perempuan ni nak lagi???” bentak Hazzeq kegeraman.
Telefon bimbitnya bertalu-talu bunyi menandakan pesanan khidmat ringkas yang diterima. Hazzeq meraup wajah. Bosan apabila diganggu. Rosak mood hendak melangsaikan kerja-kerja penting.

Kalau you tak jawab call I, I naik office you sekarang.

Berang diugut begitu. Hazzeq mendengus kuat. Nak mampus naik office sekarang?! Dengan seorang pun lembaga manusia tidak ada dalam office. Tapi syaitan adalah. Mau silap haribulan kena cekup dengan JAIS, sia-sia sahaja percubaan dia untuk melepaskan diri daripada minah ‘short wire’ ini.
Hazzeq mendail nombor telefon gadis yang sedang mengugutnya itu. Lama sebelum panggilannya berjawab. Hazzeq tersenyum sinis. Nak balas balik la tu! Detak Hazzeq dalam hati.
“You ni dah kenapa, asyik nak mengelak je daripada I?” serang gadis tersebut tanpa sempat menyebut perkataan Hello atau Assalamualaikum. Nak bagi salam? Mati hidup balik pun belum tentu perempuan ini hendak bagi salam!
“Bila masa pulak I mengelak daripada you?” jawab Hazzeq selembut yang mungkin. Tangannya tetap laju mengetuk papan kekunci. Masa yang ada tidak boleh terbuang begitu sahaja. Harus digunapakai sebaik mungkin.
“I call you daripada last week, okay. Lepas I balik daripada Greece.” Ujar gadis di hujung panggilan. Hazzeq mendengus.
Anita, editor-in-chief majalah fesyen antarabangsa terkenal yang berjaya menempa nama di luar negara. Sebaris dengan nama-nama seperti Vogue editor-in-chief, Anna Wintour, Elle editor-in-chief, Robbie Myers dan ramai lagi nama-nama besar dalam industri fesyen.
“Anita, please! I banyak sangat kerja sekarang ni. I tak ada masa nak jawab phone. Even my parents call pun, I tak angkat.” Dalih Hazzeq. Sebenarnya, hanya panggilan Anita sahaja yang malas dijawab.
“You don’t give me any damn lame excuses. I’m tired of it!” hampir terjerit Anita didalam telefon. Hazzeq menjauhkan sedikit telefon dari telinga. Takut pekak pula tiba-tiba.
“If you’re tired, then why don’t you move on? You’re the one who left me because you nak kejarkan cita-cita you.” Lampias amarah Hazzeq yang sudah lama terpendam.
Bukan sekali dua dia bersabar dengan sikap Anita yang lebih pentingkan kerjaya dari kehidupan bersama Hazzeq. Jika Anita ingin mengejar impian yang diidamkan, Hazzeq memang tidak kisah tetapi dia mahu Anita menjadi isterinya. Dia tahu niat sebenar Anita ingin kembali kepadanya. Asrar sudah memberikan amaran kepada Hazzeq bahawa Anita mahukan title yang ada di hujung nama Hazzeq. Anita mahu menjadi Datin Anita.
Pada mulanya, Hazzeq mempercayai Anita ingin kembali dan terus setia menjadi isteri kepada Hazzeq. Tetapi setelah Asrar, sepupu Anita merangkap teman serumah Hazzeq sewaktu di zaman universiti dahulu membongkar rahsia, Hazzeq menjadi berhati-hati.

“JUNA….” Asrar memanggil nama Hazzeq. Di kalangan teman-teman kampus, mereka lebih suka memanggil Hazzeq dengan nama Juna, singkatan untuk Arjuna.
“Aku nak beritahu kau something ni.” Mukadimah permulaan Asrar semasa perjumpaan mereka sebelum kepulangan Anita ke Malaysia.
“Serious je kau ni, As. Kenapa? Kau nak aku sponsor apa-apa project ke?” soal Hazzeq. Walaupun Asrar tidak pernah meminta pertolongan Hazzeq, tetapi jika sahabatnya itu perlukan apa-apa, Hazzeq tidak pernah teragak untuk menolong. Wajah Asrar kelihatan gusar. Hazzeq pelik. Tidak pernah Asrar sebegitu. Tentu ada perkara penting yang disembunyikannya.
“Bukan…” ayat Asrar tergantung. Dia memandang ke sekeliling. Suasana damai di restoran Austin Chase yang terletak di Doubletree by Hilton at The Intermark Kuala Lumpur.
“Jadi, kalau bukan pasal project, pasal apa lagi?” Hazzeq menyandarkan badan. Pelayan menghampiri meja mereka dan menghantar pesanan yang dibuat.
“Here’s your drink, Datuk…and, sir.” Ucap pelayan tersebut. Hazzeq pelanggan tetap restoran tersebut. Hampir setiap 2 hari, pasti dia akan singgah untuk menjamu selera di restoran tersebut.
“Thank you.” Ucap Hazzeq dengan sebuah senyuman. Dan senyuman tersebut dibalas oleh pelayan restoran.
“Kau ni dah kenapa? Macam orang mati bini je.” Usik Hazzeq sambil ketawa berdekah-dekah. Akhirnya, tersungging senyuman di bibir Asrar dengan usikan Hazzeq.
“Macam mana nak mati bini? Bini pun tak ada.” Asrar menyahut usikan Hazzeq. Kemudian, mereka sama-sama ketawa.
“Samalah dengan aku ni. Entah mana lah perempuan yang nak.” Keluh Hazzeq dengan menarik senyum tepi.
“Juna, kau ada title, ada building, ada company sendiri, kau ada rupa, berharta pulak tu. Family pun bukan orang biasa. Kau petik je jari, mesti ada punyalah perempuan datang sembah lutut kau tu.” Asrar berkata sambil menyandarkan badan. Tempat yang agak tersorok membolehkan mereka untuk bersembang dengan lebih selesa.
“Memang aku ada semua tu, As, tapi perempuan yang aku nak tak ada. Semuanya nakkan duit aku. Aku tak boleh connect dengan perempuan macam tu.” Hazzeq berkata siap dengan gayanya lagi.
“Habis tu kau nak perempuan macam mana? Jangan kata kau masih tunggu Anita lagi?” membeliak biji mata Hazzeq memandang Asrar. Kemudian, Hazzeq tersenyum sinis dan menggeleng perlahan.
“Aku belum tahap bodoh lagi nak masih tunggu Anita. Ya, aku memang sayangkan dia. Aku sayang gila-gila dekat dia. Tapi tu semua dah berlalu. Sebelum dia buat tindakan bodoh dengan larikan diri masa majlis akad nikah dulu.” Geram pula Hazzeq bila mengingatkan peristiwa yang berlaku semasa majlis pernikahan mereka.
Digenggam penumbuk seeratnya. Kalau Anita ada dihadapannya ketika itu, pasti wanita itu sudah dikerjakan. Tetapi perkara sudah hampir 4 tahun berlalu. Untuk apa diingatkan lagi. Hazzeq juga sudah melangkah meninggalkan kenangan lama.
“Ah, cerita pasal Anita.” Asrar baru teringat tujuannya ingin berjumpa dengan Hazzeq. Lelaki itu mengangkat muka memandang Asrar.
“Aku dapat tahu daripada Auntie Ezzah yang Anita akan balik Malaysia lusa.” Ujar Asrar yang mendapat khabar berita dari Puan Ezzah, ibu kepada Anita yang juga merangkap adik ayah Asrar. Nafas Hazzeq seakan-akan terhenti mendengar berita yang baru disampaikan.
“Apa kaitannya dengan aku, bro?” dengus Hazzeq. Terbayang sudah wajah Anita.
Gadis genit yang suka melepaskan rambutnya separa bahu, berpakaian singkat tetapi semua fesyennya up-to-date. Sesiapa yang terpandangkan Anita, pasti akan mengalih pandang sekali lagi untuk scanning dari atas hingga ke bawah. Seringkali Hazzeq rasa kurang selesa dengan pemakaian Anita itu tetapi apakan daya, sebagai orang penting dalam industri fesyen, Anita haruslah menjaga penampilannya.

“JUNA!!!” hampir pekak telinga Hazzeq mendengar jeritan daripada Anita di telinganya. Hazzeq menjauhkan sedikit telefon dari telinga. Dilepaskan keluhan perlahan. Perempuan ini, kalau tidak memberi amaran yang tegas, pasti dia tidak faham.
“Apa yang you nak lagi dari I ni, Anita? You yang tinggalkan I masa majlis akad nikah dulu. Lepas tu, sekarang ni you nak balik dengan I? Kenapa you nak harapkan perkara yang dah dari dulu lagi I bagi jawapan masa you tinggalkan I?” penuh diplomasi Hazzeq berkata. Dengan perempuan seperti ini, tidak boleh ditengking. Api tidak boleh lawan dengan api. Dia haruslah menjadi tanah. Bukan air atau angin.
“I bukan sengaja nak tinggalkan you, sayang. I mengaku I masih sayangkan you. Sampai sekarang. Bukan tak ada lelaki lain cuba nak goda I, tapi I tetap ingatkan you.” Rayuan Anita sudah tidak mampu mencairkan hati batu Hazzeq.
“Pleaselah, Anita. I dah penat nak lari daripada you. Just leave me alone!” pinta Hazzeq bersungguh. Dia sudah tidak mampu untuk berhadapan dengan Anita.
“I tetap nak jumpa you. I tunggu tempat first time kita jumpa.” Ujar Anita. Hazzeq mendengus. Bukan dia tidak tahu niat Anita ingin berjumpa di tempat pertemuan mereka pada kali pertama. Ingin mengingatkan Hazzeq tentang masa lalu.
“I tak janji.” Jawab Hazzeq ringkas. Dia tidak pasti dengan perasaannya.
“Please, Juna. I miss you soooo much. I need to see you right now. Please, sayang!” Anita merayu lagi.
Hazzeq mendengus besar setelah talian telefon dimatikan. Menyandarkan kepala ke kerusi empuknya. Berfikir berpuluh kali. Menimbang baik dan buruk. Entahlah!

Kerna Dia Jodoh Aku

Haifa Balqis – gadis muda yang berperwatakan riang dan sangat aktif. Menjadi kegilaan para pelajar di sekolah. Tetapi hanya seorang sahaja yang dikejarkannya iaitu Syafiq Azim.

Hazzeq Arjuna – lelaki yang membina kerjaya di atas titik peluhnya sendiri. Mempunyai sebuah syarikat pengiklanan. Ramai perempuan terkejar dan menggilai lelaki yang baru sahaja menerima darjah kebesaran berpangkat ‘Datuk’ ini.

Anita Irham – editor majalah fesyen antarabangsa yang menempa nama di luar negara. Kepulangannya ke Malaysia adalah untuk menuntut hak daripada Hazzeq.

Syafiq Azim – cuba untuk mendapatkan cinta Haifa setelah mereka berjumpa semula di universiti. Segala macam perkara dilakukan untuk membuatkan Haifa jatuh suka kepadanya.

Haifa : Cinta aku hanya untuk dia. Sayang aku hanya untuk dia. Kerna dia jodoh aku!

Hazzeq : Aku rela berkorban untuk kebahagiaan dia. Gembira dia, tawa dia…kebahagiaan aku.

Kerna Dia Jodoh Aku 1

BAB 1

PELAJAR-pelajar tingkatan 5 mula memenuhi ruangan dewan yang berkapasiti memuatkan hampir 1,000 orang pelajar. Suasana yang membingitkan telinga di kiri dan kanan dewan kerana para pelajar sibuk mencari tempat duduk yang selesa dan juga dapat melihat terus ke arah pentas tanpa sebarang gangguan daripada para pelajar yang mengambil tempat di paling hadapan. Ada yang duduk secara berkelompok dan ada yang duduk sebaris. Berdentum-dentam bunyi kerusi yang diheret di lantai simen dewan. Di satu sudut, kelihatan para pelajar perempuan berkumpul dan sibuk bersembang sesama mereka.

Sekumpulan pelajar perempuan ini memang terkenal dengan penampilan mereka. Bukan sahaja setakat berwajah cantik tetapi mereka juga dari golongan anak-anak berada. Mereka digelar, “The Uptight Girls”. Jarang sekali memberikan senyuman atau bertegur sapa dengan pelajar-pelajar lain. Mereka lebih selesa sesama mereka sahaja. Sejak dari tingkatan 1, mereka selalu sahaja bersama. Setiap kali The Uptight Girls pergi kemana sahaja, pasti mereka menjadi bahan tontonan. Tidak ketinggalan juga, guru-guru lelaki yang masih single.

Di antara mereka, seorang pelajar perempuan yang agak agresif tidak kira dari segi perbuatan dan percakapannya. Dengan rambut yang seringkali diikat tinggi bertocang satu, lengan baju kurung dilipat sehingga ke siku, Haifa Balqis nama gadis si pemilik lesung pipit dan berkulit putih merah. Walaupun dia agak agresif, tetapi Haifa tetap menjadi kegilaan abang-abang senior dan juga adik-adik junior. Setiap kali sahaja Haifa melintas samada di kantin ataupun perpustakaan, pasti kedengaran sosek-sosek dari pelajar lelaki. Tetapi seorang pun tidak berkenan di hati Haifa. Bukan tidak pernah dia menerima jambangan bunga dan juga surat-surat cinta, tetapi bagi Haifa, mereka masih belum layak untuk bertakhta di hatinya. Haifa tidaklah memilih dalam soal memilih kekasih hati, cuma hatinya sudah terlekat pada seorang sahaja. Pelajar tingkatan 6 Atas Amanah dan Ketua Pengawas sekolah, Syafiq Azim.

Dewan menjadi senyap sejurus Ketua Pengawas sekolah, Syafiq, masuk bersama rombongan pengawasnya ke dalam dewan. Semua mata pelajar perempuan seperti tertumpu ke arahnya. Kebanyakan pelajar lelaki tidak puas hati dengan Syafiq kerana sikapnya yang tegas dalam menjalankan tugas. Tidak langsung diberi muka walaupun yang membuat kesalahan itu adalah sahabat sendiri. Itu yang membuatkan Haifa bertambah jatuh suka kepadanya. Terdengar keluh-kesah sana sini para pelajar perempuan yang menyatakan mereka sanggup buat apa sahaja yang dipinta oleh Syafiq. Tetapi Syafiq yang Haifa kenal, dia tidak akan mempergunakan kaum perempuan sewenang-wenangnya.

“Senyap semua. Tolong bagi kerjasama. Saya tak nak ada apa-apa masalah pun sepanjang majlis ni berlangsung.” Laung Penolong Pengawas, Alisya. Wajahnya masam mencuka. Tiada sekelumit senyuman pun diwajahnya.

Ya, itulah musuh ketat Haifa. Alisya sengaja mencari kesalahan Haifa dan selalu sahaja memberikan laporan tentang kesalahan Haifa kepada Syafiq. Sengaja memburuk-burukkan Haifa dihadapan Syafiq tetapi lelaki itu sedikit pun tidak memberi sebarang reaksi dengan laporan Alisya sebaliknya menyuruh Alisya mencari kerja yang lebih berfaedah seperti membanteras pelajar-pelajar lelaki yang selalu menghisap rokok di belakang dewan sekolah sewaktu rehat.

Barisan guru mula memenuhi bahagian hadapan dewan. Syafiq berdiri dihujung sudut. Menerima arahan satu persatu daripada Guru Penolong Kanan. Terangguk-angguk dia mendengar setiap bait perkataan. Haifa hanya memandang dari jauh. Disiku oleh Laara Jasmine yang memandangnya sedari tadi. Tersentak dengan perbuatan Laara itu, Haifa memandang ke sisi. Menjungkitkan kening seolah-olah bertanyakan kenapa.

“Kau tengok Syafiq tu macam nak tembus dada dia.” Usik Laara. Haifa menjeling. Dia tersenyum kecil.

Majlis Permuafakatan diantara pelajar dan guru sudah bermula. Majlis berlangsung dengan ucapan oleh Syafiq selaku Pengacara majlis. Kemudian, ucapan oleh Pengetua, Encik Abdul Arbaz. Ucapan yang terlalu lama itu membuatkan Haifa tersengguk akibat mengantuk yang amat. Nasib baiklah dia berada di kerusi yang agak jauh dari pentas. Kalau pengawas nampak, sudah pasti dia diserbu ketika itu juga.

Selepas itu, mereka ditayangkan dengan beberapa video cemerlang para pelajar sekolah tersebut yang berjaya mendapat 11A ke atas. Banyak juga bekas pelajar yang keluar dari sekolah tersebut, sekarang sudah berjaya menempa nama dalam industri masing-masing. Tidak mereka sangka ada juga para pelakon yang menghiasi kaca-kaca televisyen kini, pernah bersekolah di sekolah mereka itu.

“Weh, tak sangka aku, Lana Marlisa tu dulu sekolah sini.” Ujar Laara sambil matanya masih menatap setiap video yang ditayangkan.

“Supermodel tu ke?” soal Haifa kembali. Laara mengangguk laju. Haifa tidak begitu fokus menonton video tersebut sebaliknya mata dia tertuju ke arah Syafiq yang berdiri di satu sudut sambil meneliti ke seluruh dewan. Memerhatikan kelakuan para pelajar.

“Handsomenya.” Tutur Haifa tanpa sedar. Laara yang terdengar segera menyiku apabila ternampak kelibat Alisya menuju ke arah mereka.

“Minah senget tu, wei.” Unjuk Laara ke arah Alisya.

Belum sempat Haifa mengalih pandang, Alisya sudah berdiri dihadapan mereka. Berdehem kuat menyebabkan para pelajar di barisan hadapan daripada tempat duduk Laara dan Haifa mengalih pandang ke arah Penolong Pengawas tersebut.

“Kamu berdua buat apa ni? Bersembang dari tadi. Kau orang nak aku report kat Cikgu Fitri?” ugut Alisya kepada mereka berdua. Mereka hanya mencebik menyampah. Minah senget ni memang nak kena seligi, jawabnya! Haifa mengetap bibir.

Malas mahu menjawab soalan yang menusuk ke telinga, Haifa dan Laara bertindak mendiamkan diri dan hanya menjeling ke arah Alisya. Kalau lagi menjawab, nanti bising pula minah kepoh itu menjerit satu dewan. Siapa tidak kenal dengan Alisya. Dia tidak kira sesiapa atau dimana sahaja kalau kes hendak memalukan orang.

Mereka melepaskan nafas kelegaan apabila Alisya berjalan meninggalkan mereka.

“Sewel betul perempuan tu.” Juih Haifa. Laara tergelak kecil sampai disiku Haifa. Tidak mahu Alisya berpatah balik ke tempat mereka itu.

Hampir 12 tengah hari, pelajar tingkatan 5 bersurai. Mereka dibenarkan untuk pulang lebih awal daripada hari persekolahan biasa.

“Kau orang, jom keluar nak esok?” cadang Queen. Mereka semua memandang ke arah Queen atau nama sebenarnya Ashiqueen dengan kerutan di dahi akibat berdiri di tengah panas.

“Pergi mana?” soal Effy pula. Menunggu jawapan daripada Queen.

“Pergi mana-mana jelah. Aku nak release tension ni.” Ujar Queen. Stress memikirkan SPM yang sudah hampir tiba.

“Kau ni biar betul. Mak aku tak bagi lah. Dia suruh study. Tinggal berapa minggu je lagi nak exam.” Effy menolak cadangan Queen. Selebihnya dia bukanlah mahu mengulangkaji sangat di rumah, tetapi ada perancangan lain yang sudah dibuat oleh Effy. Tidak mahu rakan-rakannya mengetahui. Kantoi pula nanti.

“Kau study kemain lagi. Pandainya tak pun.” Queen menyindir pedas. Effy mengetap gigi. Tak guna berlawan kata dengan Queen.

“Haifa? Laara?” tanya Queen kepada patung cendana yang berdiri tercegat tanpa reaksi.

“Aku okay je. Tapi nak pergi mana?” Laara menyoal kembali. Haifa mengangguk perlahan. Okay juga dengan cadangan Queen. Sudah lama dia tidak keluar mencuci mata.

“Pavi. Aku nak pegi Pedro.” Queen sudah membayangkan keindahan butik aksesori dihadapan matanya.

“Tambah collection lagilah tu.” Laara berkata sambil mengeluarkan iPhone 5s nya itu. Mendail nombor seseorang. Dia menjauh sedikit dari kumpulannya selepas panggilan bersahut.

“Haruslah. Aku nak beli satu kasut dengan beg ni.” Ujar Queen lagi. Haifa menggeleng perlahan. Kenapalah mereka ini begitu berminat untuk menambah koleksi barangan aksesori selain mengumpul pakaian yang sampai boleh buat butik baru?

Naluri perempuan yang suka bershopping, memanglah Haifa ada. Tetapi itupun sekali sekala sahaja. Dia lebih gemar menghabiskan masa di dalam kedai buku. Habis satu kedai akan diterokanya dari pagi sampailah kedai tersebut hendak tutup. Haifa rasa lebih puas begitu daripada menghabiskan masanya di butik-butik mewah.

“Aku ikut je, you guys.” Haifa turut bersetuju walaupun dia tahu tujuannya ke situ hanya untuk mencuci mata.

“Okay, set! Pukul 11.30 pagi jumpa kat station LRT Kelana Jaya.” Queen menetapkan tempat untuk mereka bertemu.

“Tu, jangan lupa beritahu kat kawan kau yang tengah mabuk bercinta tu.” Queen menjuih ke arah Laara yang sedang bercakap telefon. Sesekali terdengar kekehan kecil dari gadis itu. Haifa menarik senyum tepi. Menjungkitkan kening.

“Jomlah, Effy.” Queen menarik Effy untuk membuntutinya. Terhuyung-hayang Effy mengikut langkah Queen.

Queen, memang seorang sahabat yang suka mendesak. Tetapi seronok berkawan dengannya kerana dia tidak pernah menyimpan dendam. Apa sahaja yang dia tidak puas hati, akan dilampiaskan secara berterus-terang. Siapa mahu terasa hati, lantaklah. Queen tidak peduli. Lawan berdebat dengannya pun, pasti kalah. Seperti namanya juga.

Effy pula gadis lurus bendul. Tetapi tegas. Tidak banyak bercakap tetapi lebih kepada memerhati. Tahu bahasa tubuh seseorang jika mereka berniat menyorok sesuatu darinya. Jadi dengan Effy, jangan haraplah dapat menipu matanya.

“Jom, Haifa.” Panggil Laara apabila menyedari sahabatnya itu sejak dari tadi berangan sahaja. Haifa tersentak dan memandang ke arah Laara yang sudah berdiri dekat dengan pintu pagar. Haifa mengangguk dan mengikuti langkah Laara.